FORUM RAJA HUMOR 2001

Koleksi Cerita Lawak Sensasi dan Terkini
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Dua Permintaan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 22
Join date : 2009-03-03

PostSubject: Dua Permintaan   Tue Mar 10, 2009 5:01 am

Seorang lelaki bersama seekor burung unta memasuki sebuah bar dan duduk. Pelayan bar meminta pesanan dari lelaki tersebut.

"Kasi pepsi gelas besar satu" lelaki itu menjawab dan berpaling kearah burung untanya...

"Kamu nak minum apa" tanya lelaki kepada burung unta tersebut.

"Sama.. pepsi gelas besar"

Pelayan meletakkan minuman yang dipesan kepada kedua-duanya dan berkata "RM 7.80 semuanya..."

Lelaki itu menyeluk poketnya dan mengeluarkan jumlah wang yang tepat dan membayar kepada pelayan bar tersebut.

Keesokkannya.. lelaki itu dan burung untanya ke bar itu lagi dan pelayan meminta pesanan...

"Kasi sama macam semalam.. pepsi gelas besar"

burung unta juga berkata "sama... pepsi gelas besar.."

Ketika minuman diletakkan.. pelayan bar berkata... "RM7.80 semuanya"

Lelaki itu menyeluk poketnya dan mengeluarkan jumlah yang yang tepat bagi membayar harga minuman yang dipesan tadi.

Kejadian ini berulang-ulang hinggalah ke suatu hujung bulan...

Pelayan : "Mahu minum macam biasa ke?

Lelaki menjawab.. "tak.. hari ni hari terakhir aku kemari ke sini.. jadi aku ingin memesan sebotol bir...."

Burung unta pun turut berkata... "ye.. aku pun sama.. sebotol bir.."

Pelayan itu meletakkan bir di kedua-dua mereka dan berkata...

"RM32.40"

lelaki itu menyelok poketnya dan mengeluarkan wang bayaran yang tepat dan memberikan kepada pelayan tersebut

Disebabkanterlalu kehairanan.. akhirnya pelayan itu bertanya kepada lelaki...

"Bro... saya hairan macammana bro boleh membawa wang yang tepat didalam poket setiap masa?"

"hmm..." lelaki itu bersuara... "beberapa minggu lepas.. ketika aku mengemas loteng sebuah rumah aku terjumpa lampu ajaib... bila aku gosok-gosok.. jin pun keluar dan ingin menunaikan 2 permintaan ku..."

"Lalu aku membuat permintaan pertama... jika aku perlu membuat sesuatu bayaran... aku cuma perlu masukkan tangan kedalam poket dan wang yang tepat akan tersedia..."

"Bijak.. bijak..." balas pelayan... dan menyambung
"orang lain kalu minta... pasti minta wang ratusan ribu ringgit dan wang itu pasti habis... tapi bro sebenarnya orang yang kaya untuk selamanya kerana boleh memiliki apa sahaja hanya dengan menyelok poket."

"Betul... betul... kalau saya nak kereta mewah... atau kapal terbang.. saya boleh bayar hanya dengan menyeluk poket sahaja..." balas lelaki itu.

"Jadi apa pula permintaan kedua bro? adakah ada kaitan dengan burung unta ini?" tanya pelayan

"Permintaan kedua aku ialah anak dara yang berleher panjang.." jawab lelaki itu...
Back to top Go down
View user profile http://rajahumor.yourme.net
 
Dua Permintaan
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FORUM RAJA HUMOR 2001 :: CERITA JENAKA :: LAWAK UMUM-
Jump to: